Tuesday, October 4, 2016

Saya dan FreshPicks

Hari ni saya nak cerita kisah saya mula-mula terjebak dengan Freshpicks.

Dulu, masa muda remaja, saya memang tak ada masalah kulit kecuali sunburn sebab selalu malas pakai payung masa jalan kaki balik sekolah.Masa tu arwah mak saya belikan pencuci muka Cosway cap Bioglo. Ok la untuk saya. Harga pun tak mahal mana.

Masuk universiti dan bekerja, mula lah kan, pakai set jenama popular. Main beli je. Muka pun tak ada jerawat, jeragat dan lain, bedal je la. Cuma saya tak akan beli yang memutihkan kulit sebab takut bahaya.

Bila dah kahwin, mengandung, gugur, mengandung, beranak, mengandung, beranak, mengandung, beranak. Umur pun dah masuk 3 series. Hah, mula la naik macam- macam kat muka.

Tapi bila dah ada anak ni, kesedaran untuk go natural tu lebih tinggi. Kebetulan masa tu Cosway ada keluar range organik. Memang bahan dia organik dan mudah rosak kalau terdedah pada matahari atau simpan tempat lembab. 

Rasa serasi dah, tapi diberhentikan pulak produksi range tu. Frust saya. Tak ramai orang beli kot sebab mahal dan kesannya lambat.

Maka, dengan tekad dan azam yang tinggi, saya pun cuba la ke salon kecantikan popular kat Malaysia ni. Kalau sebut mesti semua tahu. Katanya produk mereka pun natural. Sebab tu mahal dan kesannya lambat.

Sebulan pertama, tak ada apa, saya sabar. Iya lah kulit muka kita perlukan masa untuk pulih secara natural.

Dua bulan, tiba-tiba tumbuh banyak pula jerawat. Sabar lagi. Mungkin ini kesan tukar produk dan proses detoks.

Tiga bulan kulit mula rasa makin berminyak walaupun diberi rawatan untuk kulit berminyak. Masih sabar kerana mengenangkan produk natural perlukan kesabaran.

Empat bulan berlalu, tumbuh pula jerawat tak bermata. Masa naik merah sakit sangat, bila dah hilang sakit dia jadi warna hitam. Dan ada juga bintik-bintik kecil yang tak pasti la apa bendanya.

Saya pun tekad berhentikan rawatan. Mula mencari produk natural. Masa tu terfikir, tak ada ke produk natural tempatan?

Hasil carian jumpa la beberapa produk tempatan homemade. Masa berkira-kira mana patut dicuba, melintas di timeline facebook kak Eeza Nazri ada buat produk homemade; FreshPicks.

Terus decide untuk cuba atas dasar percaya pada kakak tu, kakak senior di universiti. Dia mungkin tak kenal/ingat saya, tapi saya dah lama kagum pada dia.

Maka bermulalah perjalanan FreshPicks saya.

Sebahagian dari produk FreshPicks by Cherrynazri

Mula-mula saya pakai sabun hijau (Cherry Beauty Soap - Special Edition), eh rasa gatal-gatal semua jerawat kat muka ni. Tapi lepas 1-2 hari semua mengering.

Lepas tu mula tumbuh jerawat kecil di kawasan dahi dan dagu. Sama juga, hilang dalam 2-3 hari.
Kemudian, saya pakai set CCS (Cherish Cherry Skincare); sabun hijau, sabun oren, signature/all-in-one cream dan DD cream.

Masa ni segala bekas jerawat tak bermata yang hitam tu, keluar jadi jerawat besar. Memang rasa gatal je nak garu tapi mujur cepat juga kering.

Selepas hampir sebulan baru perasan, alhamdulillah, muka dah tak terlalu berminyak dan pori pun dah tak mengerikan bila belek kat cermin. Bintik-bintik kecil yang tak tau apa bendanya tu pun makin pudar.

Sekarang saya masih lagi dalam proses baik pulih. Nak hilangkan parut-parut yang dah lama bermaharajalela. 

Satu je masalah saya bila pakai freshpicks ni. Dah beli sabun, nak beli facial set. Eh, lepas tu rasa nak beli scrub dengan sabun. Tiba-tiba pulak rasa kepala gatal-gatal je, macam tak serasi syampu sedia ada ni, tapi stock syampu lama banyak lagi ni. Eh, deodorant pun masa ni la nak habis. Haih~

Anda pun nak cuba Freshpicks yang homemade, natural dan selamat ni? Jom whatsapp saya 014-8448046 (ami).

0 comments:

Copyright © 2015 AmeenA InspiratioN
| Distributed By Gooyaabi Templates