Thursday, November 17, 2016

Homeschooling: Gunting dan Tampal

Hari ini cerita aktiviti anak-anak sebab dah lama tak cerita kan. Sebenarnya ni aktiviti selalu buat, ulang-ulang 1-2 bulan sekali.

Memotong kertas
Aktiviti ini dapat menggalakkan perkembangan motor juga koordinasi mata dan tangan. Selain tu dapat melatih memberi tumpuan.

Adik ( 2 tahun) diberi mengoyakkan kertas dengan tangan. Sebenarnya dia dah pandai guna gunting tapi mama dia fobia lepas dia potong rambut kakak. Jadi kita tunggu dia faham arahan dan amaran dulu.

Nota: Perlu diberi perhatian lebih untuk anak-anak lebih kecil dan suka memasukkan benda ke dalam mulut.

Kakak (3 tahun) pula menggunting kertas secara free. Mulanya saya buat garisan lurus di atas kertas tapi nampaknya kakak belum bersedia untuk menggunting mengikut garisan.

Abang (5 tahun) pula menggunting mengikut bentuk yang dilukis; Segiempat, segitiga dan bulatan. Nampaknya abang dah semakin maju, dah boleh gunting bentuk melengkung (bulatan). Alhamdulillah, syabas abang!

Nota: Jangan takut memberikan anak-anak menggunakan gunting. Ajar mereka kegunaan dan bahaya alatan tajam. Ingatkan mereka hanya boleh mengunakan alatan tajam dengan pengawasan ibubapa. InsyaAllah mereka akan faham dan cepat belajar. Tapi selepas aktiviti simpan ditempat tinggi dan tersorok ya nanti macam-macam pula yang jadi roti kirai. .
 

Menampal kertas yang dipotong tadi.
Adik tak buat aktiviti ini, pegang gam je dia dah sebut "eee, yucky!". Tak mengapa, biarkan dia menerokai tekstur benda-benda di sekeliling.

Kakak menampal dalam bentuk corak abstrak. Biasanya anak perempuan begitu fokus dan berhati-hati dalam aktiviti begini. Jadi masa diambil juga lebih lama.

Abang pula sudah pandai menghasilkan objek dari bentuk. Maka terhasillah rumah, matahari, antena dan lain-lain. Kita biarkan sahaja dia membuat karya mengikut imaginasinya.

Abang juga pernah melalui saat seperti adik dan kakak. Apabila nampak sudah menguasai sesuatu tahap, kita perkenalkan tahap yang baru. Sebab itu saya ulang-ulang aktiviti ni, sebab setiap kali itu dia akan capai tahap berbeza.

Saya juga tidak pernah tetapkan umur berapa harus menguasai tahap apa. Bagi saya setiap anak ada pencapaiannya tersendiri. Moga perkongsian kecil ini memberi sedikit semangat dan inspiransi untuk anda.


0 comments:

Copyright © 2015 AmeenA InspiratioN
| Distributed By Gooyaabi Templates