Featured

Friday, December 30, 2016

Manfaat dan Cara Penggunaan Argan Oil

Manfaat dan Cara Penggunaan Argan Oil

Bila ada yang tanya produk mana best seller? Susah nak jawab sebenarnya sebab setiap bulan lain produk yang top. Bulan ni (december 2016) 90% yang beli FreshPicks dari saya mesti beli Minyak Argan.

Memang ramai yang dah tahu manfaat kecantikan minyak Argan ni. Dari hujung kepala sampai hujung kaki boleh guna minyak argan. Dulu m
inyak argan digunakan oleh wanita Morocco untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit kecantikan dengan sangat cepat!
Sebab itu ia diberi gelaran cecair emas Morocco.

Antara manfaat kecantikan minyak Argan:
✅️Melembapkan kulit wajah.
✅️Mencerahkan kulit wajah.
✅️Mengurangkan pigmentasi.
✅️Mengurangkan jerawat, radang dan ruam.
✅️Mengurangkan bintik hitam dan jeragat.
✅️Mengimbangi minyak di muka.
✅️Merawat parut jerawat atau luka.
✅️Merawat rambut kering/rosak/terbelah.
✅️Melebatkan rambut.
✅️Merawat kulit kepala kering.
✅️Menguatkan kuku.
✅️Merawat tumit pecah.

Jadi kenapa anda kena pilih minyak argan Freshpicks?
  • Kami menggunakan 100% Argania spinosa kernel sahaja.
  • Kekacang argan yang dipilih adalah dari hasil terkini.
  • Hanya kacang yang matang digunakan untuk memastikan 100% manfaat kacang argan.
  • Kekacang argan yang dikutip adalah yang baru sahaja jatuh (mencapai matang).
  • Tiada proses nyahbau atau rawatan karbon bagi memastikan keaslian minyak argan.
  • Praktis pembuatan yang terbaik ( bebas bakteria).
  • Premium gred argan oil kami melalui proses COLD PRESSES dimana suhu terkawal untuk memastikan komponennya kekal.
  • 100% organic certified by USDA and Ecocert. 
  • Gred premium kami berbau kekacang argan semulajadi
    Argan oil kami licin dan lembut ke atas kulit dan tidak melekit. 
  • Mudah meresap, walaupn ada masalah kulit, argan oil memberi efek yang melegakan.
FreshPicks sendiri  ada dua variasi minyak argan:

100% PURE ORGANIC ARGAN OIL

Yang ni 100% organik tanpa campuran minyak lain dan masih ada bau asal, tiada campuran bahan kimia lain dan tidak dinyahbau. Bau asal yakni bau kacang argan tu.

ARGANNE FACE OIL COMPLEX
Yang ni pun 100% organik Argan oil juga, cuma kami ada ditambah sedikit jojoba oil, rosehip seed oil, dan pure essential oil seperti geranium, frankincense, tea tree dan lain-lain. Jadi bau dia wangi. Bau wangi bukan pewangi sintetik tapi bau dari essential oil. Kandungan minyak argan dalam ni sekitar 90%.


Jadi boleh pilih mengikut kesuaian dan bajet. Macam mana nak pilih mana sesuai? Whatsapp saya (014-8448 046) cerita panjang lebar.😊

HARGA PENGENALAN sehingga 2 Januari 2017:

Arganne Face Oil Complex
🔸RM49 (15ml)
🔸RM79 (30ml)
🔸RM119 (50ml)


100% Pure Organic Argan Oil
🔸RM39 (15ml)
🔸RM69 (30ml)
🔸RM109 (50ml)

Thursday, November 17, 2016

Homeschooling: Gunting dan Tampal

Hari ini cerita aktiviti anak-anak sebab dah lama tak cerita kan. Sebenarnya ni aktiviti selalu buat, ulang-ulang 1-2 bulan sekali.

Memotong kertas
Aktiviti ini dapat menggalakkan perkembangan motor juga koordinasi mata dan tangan. Selain tu dapat melatih memberi tumpuan.

Adik ( 2 tahun) diberi mengoyakkan kertas dengan tangan. Sebenarnya dia dah pandai guna gunting tapi mama dia fobia lepas dia potong rambut kakak. Jadi kita tunggu dia faham arahan dan amaran dulu.

Nota: Perlu diberi perhatian lebih untuk anak-anak lebih kecil dan suka memasukkan benda ke dalam mulut.

Kakak (3 tahun) pula menggunting kertas secara free. Mulanya saya buat garisan lurus di atas kertas tapi nampaknya kakak belum bersedia untuk menggunting mengikut garisan.

Abang (5 tahun) pula menggunting mengikut bentuk yang dilukis; Segiempat, segitiga dan bulatan. Nampaknya abang dah semakin maju, dah boleh gunting bentuk melengkung (bulatan). Alhamdulillah, syabas abang!

Nota: Jangan takut memberikan anak-anak menggunakan gunting. Ajar mereka kegunaan dan bahaya alatan tajam. Ingatkan mereka hanya boleh mengunakan alatan tajam dengan pengawasan ibubapa. InsyaAllah mereka akan faham dan cepat belajar. Tapi selepas aktiviti simpan ditempat tinggi dan tersorok ya nanti macam-macam pula yang jadi roti kirai. .
 

Menampal kertas yang dipotong tadi.
Adik tak buat aktiviti ini, pegang gam je dia dah sebut "eee, yucky!". Tak mengapa, biarkan dia menerokai tekstur benda-benda di sekeliling.

Kakak menampal dalam bentuk corak abstrak. Biasanya anak perempuan begitu fokus dan berhati-hati dalam aktiviti begini. Jadi masa diambil juga lebih lama.

Abang pula sudah pandai menghasilkan objek dari bentuk. Maka terhasillah rumah, matahari, antena dan lain-lain. Kita biarkan sahaja dia membuat karya mengikut imaginasinya.

Abang juga pernah melalui saat seperti adik dan kakak. Apabila nampak sudah menguasai sesuatu tahap, kita perkenalkan tahap yang baru. Sebab itu saya ulang-ulang aktiviti ni, sebab setiap kali itu dia akan capai tahap berbeza.

Saya juga tidak pernah tetapkan umur berapa harus menguasai tahap apa. Bagi saya setiap anak ada pencapaiannya tersendiri. Moga perkongsian kecil ini memberi sedikit semangat dan inspiransi untuk anda.


Tips Bibir Sihat dan Cantik

Nak bibir sihat, kemerahan, dan lembut?

Nah cuba tips dibawah ni. InsyaAllah, your lips will thank you!

 



Wednesday, November 16, 2016

FreshPicks Ada Skincare Set Baru?

Ye, saya nak bagi tau ni. Bermula 9 November 2016, set Cherish Cherry Skin Care (CCS) dan PRIMO akan ada dua. 
Iaitu set BASIC dan EXCLUSIVE.

Ok, jom kita tengok apa ada dalam 4 set ni. 👇




PRIMO Basic

PRIMO BASIC - RM99 (worth RM145)
1 milxo facial soap
1 hyaluronic + Vit c Face Serum
1 Arganne Face Oil Complex
FREE 1 Chocoffee 5g (while stock last only)

PRIMO Exclusive

PRIMO EXCLUSIVE - RM139 (worth RM239)
1 milxo facial soap
1 hyaluronic + Vit c Face Serum
1 Arganne Face Oil Complex
1 Chocoffee 3-6g
1 face mist rosewater 20ml-30ml
1 Fresh finishing DD Cream
1 handmade cosmetic bag


Cherish Cherry Skincare Basic

CCS BASIC - RM99 (worth RM155)
2 pcs Cherry Beauty soap
1 Fresh finishing DD Cream
1 Fresh All In One Cream


Cherish Cherry SkincareExclusive

CCS EXCLUSIVE - RM130 (worth RM230)
1 pcs Cherry Beauty soap
1 hyaluronic + Vit c Face Serum
1 Fresh finishing DD Cream
1 Fresh All In One Cream
1 Chocoffee 3-6g
1 face mist rosewater 20ml-30ml
1 handmade cosmetic bag


Semua empat set ini dapat POS PERCUMA bermula saat ini sehingga 30 November sahaja.

Jadi boleh pilih mana yang sesuai dengan kulit dan poket masing-masing. 😁

Suka kan? 

Eh, tapi tak tau nak pilih yang mana?
Tak apa, jom kita sembang lanjut kat whatsapp 014-8448046. 😊

Tuesday, November 15, 2016

My FreshPicks Favourite Pick!

Assalamualaikum!

Hari ni saya nak share my all time favourite FreshPicks product: 
 Irresistible Lip Treatment (ILT)


Suka sangat sebab dulu bila pakai lipbalm bibir jadi mengelupas, apatah lagi lipstick memang tak boleh. Rupanya sebab lipbalm dan lipstick ni selalunya dibuat dari petroleum jelly. Dipercayai petroleum jelly ni tak melembabkan bibir pun cuma ia menghalang lembapan dari keluar dari bibir sebab ianya kalis air. Jadi kulit bibir pun tak dapat bernafas, tu yang jadi mengelupas.

Tu belum termasuk mineral oil (yang juga menghalang kulit bernafas), bahan-bahan kimia pengawet, dan pewarna sintetik dalam produk-produk lipbalm dan lipstick komersial ni. 

ILT ni tak ada petroleum jelly sebaliknya menggunakan bahan natural seperti minyak kelapa, minyak jojoba, minyak argan, beeswax, shea butter, yang sememangnya baik untuk kulit bibir dan tak menghalang kulit bibir dari bernafas. Pewarna pun gunakan pewarna natural dari sumber alam.

Dan saya pun baru tahu bahawa bibir kita ni tak boleh 'self moisturized', jadi kita kena apply pelembab untuk lembabkan bibir kita. Memang shea butter, beeswax dan minyak-minyak tumbuhan yang digunakan dalam ILT ni ada fungsi melembabkan kulit.

Alhamdulillah sejak pakai ILT ni tak ada lagi mengelupas. Bibir rasa lembut je, nak-nak bila bangun pagi, memang senyum depan cermin. Lepas sebulan istiqamah pakai sebelum tidur bibir pun dah nampak pinkish. 

Jadi pada anda semua:
Yang nak rawat masalah bibir kering, kusam dan hitam.
Yang nak lip colour yang nampak natural, tak merah menyala.
Yang nak lip color tanpa petroleum jelly dan kimia berbahaya.

You all should give this ILT try!

ILT FreshPicks ni ada 3 warna:
Peach Red
Red Rose
Cherry Red


Walaupun nampak Cherry Red tu gelap sangat, warna sebenarnya 'light-light' je. Sebab tu saya cakap sesuai untuk yang nak bibir nampak warna natural.

Peach Red tu pulak paling 'light'. Yang jenis kulit putih melepak sesuai la, kalau cekelat macam saya tak nampak beza sangat. (refer gambar) Tapi saya suka yg ni sebab lebih kurang sama dengan warna asal bibir saya.

Red rose tak ada dalam gambar tapi warna dia in between dua warna lagi tu. Nanti kalau jumpa saya snap pulak ye.

Jadi anda nak yang mana? Pilih aje. Nak tiga-tiga pun boleh, takde siapa nak marah. 

ILT juga boleh didapati dengan set Lipcare atau set Travel.

Lip Care Combo
Beauty Travel Kit
Berminat nak cuba? Whatsapp saya di 014-8448046. Saya sedia membantu anda.

Friday, November 4, 2016

ROSEHIP SEED OIL - BEAUTY BENEFITS



Rosehip Seed Oil dihasilkan dari biji rose (seeds of rose bushes). Ianya kaya dengan essential Fatty Acids (EFA), Vitamin E, Vitamin C, B-Carotene, dan Vitamin A (trans-retinoic acid).

Dalam bahasa mudahnya, ROSEHIP SEED OIL umpama MULTIVITAMIN untuk kulit. Ianya kerap digunakan didalam formulasi kosmetik.

Manfaat
Rosehip Seed Oil untuk Kecantikan:

1.Mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Vitamin A didalamnya mampu mengurangkan kedutan, garis-garis halus dan bintik penuaan. Rosehip Seed Oil bersifat ringan dan tidak meninggalkan kesan berminyak menjadikannya sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kulit cantik tanpa kelihatan berminyak.


2. Mengurangkan parut dan kesan regangan.
Kandungan EFA yang tinggi menjadikan kulit lebih elastik dan kuat. Manakala vitamin A mempercepatkan proses pembaikan sel kulit sekaligus mengurangkan kesan parut dan regangan dengan lebih cepat.

3. Merawat kulit kering
Kulit manusia memerlukan EFA untuk kekal sihat dan kuat, namun badan manusia tidak dapat menghasilkannya sendiri. EFA dari Rosehip Seed Oil menyerap dengan cepat ke dalam kulit menjadikannya sesuai untuk merawat masalah kulit kering disebabkan pemakanan yang tidak sihat, alergi, dan pendedahan kepada bahan kimia.

4. Merawat kesan UV dan toksin
Antioksidan dan vitamin menghalang dan membaiki kerosakan kulit akibat sinar UV dan radikal bebas.

5. Menyihatkan rambut dan kulit kepala.
Baik untuk merawat masalah kulit kepala yang kering dan memberi nutrient kepada rambut.

6. Menguatkan kuku.
Melembabkan, menguatkan dan menghalang jangkitan pada kuku menjadikan kuku kelihatan lebih cantik.


Antara produk FreshPicks yang menggunakan Rosehip Seed Oil adalah ARGANNE Face Oil Complex.

Jika anda pun nak dapatkan manfaat Rosehip Seed Oil yang kebaboom ni di dalam ARGANNE Face Oil Complex ni, jom Whatsapp saya di 014-8448046.

Thursday, November 3, 2016

SELAMAT DATANG NOVEMBER!





Berita baik untuk semua, November ni kita ada.....

🍒🍒NEW CHERISH CHERRY SKINCARE🍒🍒

Harga set baru ni RM210 tapi..HARGA ISTIMEWA November RM130 sahaja!

Dapat subsidi RM80! Wow! Bukan senang nak dapat subsidi banyak macam ni.

Ok, jom kita tengok, apa yang anda akan dapat bila anda beli set ini?

1x Facial soap (Cherrybeautysoap/Criansa):


  • Diadun dari coconut oil, olive oil, aloevera extract, papaya extract, argan oil, apricot oil, essential oil yang merawat dan melembutkan kulit.
  • Bebas SLS, SLEs and bahan kimia berbahaya lain.

1x Fresh All In One Cream:

  • Melembabkan kulit dan merawat masalah kulit.

1x Fresh Finishing DD Cream:

  • Bertindak sebagai pelembab, primer, pelindung matahari and foundation.

1x hyaluronic + vit C Face Serum 5ml :

  • Melembabkan dan menganjalkan kulit.
  • Tinggi antioksida yang melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Hyaluronic acid pula sangat baik untuk rawatan semua jenis kulit.
  • Melembabkan untuk kulit kering, cukup lembut untuk kulit sensitif dan mempunyai tekstur yang ringan untuk kulit berminyak.
  • Menjadikan kulit kelihatan dan rasa lebih lembut, licin dan awet muda.
1 Face Mist (Rosewater):
  • Melegakan radang kulit.
  • Bertindak sebagai antiseptik dan merawat masalah kulit.
  • Merawat masalah mata sembab.
1 Chocoffee face mask &scrub:
  • Gabungan olive oil, kopi dan koko.
  • Menyisihkan sel kulit mati untuk wajah lebih cerah berseri.

Anda juga dapat satu Beg Kosmetik menarik secara PERCUMA (selagi stok masih ada).

Ada lagi!

POS PERCUMA ke seluruh Malaysia!

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan sepanjang November ni ya.

Nak cuba jangan malu-malu Whatsapp saya di 014-8448046. Saya sedia membantu anda. :)

Tuesday, October 4, 2016

Saya dan FreshPicks

Hari ni saya nak cerita kisah saya mula-mula terjebak dengan Freshpicks.

Dulu, masa muda remaja, saya memang tak ada masalah kulit kecuali sunburn sebab selalu malas pakai payung masa jalan kaki balik sekolah.Masa tu arwah mak saya belikan pencuci muka Cosway cap Bioglo. Ok la untuk saya. Harga pun tak mahal mana.

Masuk universiti dan bekerja, mula lah kan, pakai set jenama popular. Main beli je. Muka pun tak ada jerawat, jeragat dan lain, bedal je la. Cuma saya tak akan beli yang memutihkan kulit sebab takut bahaya.

Bila dah kahwin, mengandung, gugur, mengandung, beranak, mengandung, beranak, mengandung, beranak. Umur pun dah masuk 3 series. Hah, mula la naik macam- macam kat muka.

Tapi bila dah ada anak ni, kesedaran untuk go natural tu lebih tinggi. Kebetulan masa tu Cosway ada keluar range organik. Memang bahan dia organik dan mudah rosak kalau terdedah pada matahari atau simpan tempat lembab. 

Rasa serasi dah, tapi diberhentikan pulak produksi range tu. Frust saya. Tak ramai orang beli kot sebab mahal dan kesannya lambat.

Maka, dengan tekad dan azam yang tinggi, saya pun cuba la ke salon kecantikan popular kat Malaysia ni. Kalau sebut mesti semua tahu. Katanya produk mereka pun natural. Sebab tu mahal dan kesannya lambat.

Sebulan pertama, tak ada apa, saya sabar. Iya lah kulit muka kita perlukan masa untuk pulih secara natural.

Dua bulan, tiba-tiba tumbuh banyak pula jerawat. Sabar lagi. Mungkin ini kesan tukar produk dan proses detoks.

Tiga bulan kulit mula rasa makin berminyak walaupun diberi rawatan untuk kulit berminyak. Masih sabar kerana mengenangkan produk natural perlukan kesabaran.

Empat bulan berlalu, tumbuh pula jerawat tak bermata. Masa naik merah sakit sangat, bila dah hilang sakit dia jadi warna hitam. Dan ada juga bintik-bintik kecil yang tak pasti la apa bendanya.

Saya pun tekad berhentikan rawatan. Mula mencari produk natural. Masa tu terfikir, tak ada ke produk natural tempatan?

Hasil carian jumpa la beberapa produk tempatan homemade. Masa berkira-kira mana patut dicuba, melintas di timeline facebook kak Eeza Nazri ada buat produk homemade; FreshPicks.

Terus decide untuk cuba atas dasar percaya pada kakak tu, kakak senior di universiti. Dia mungkin tak kenal/ingat saya, tapi saya dah lama kagum pada dia.

Maka bermulalah perjalanan FreshPicks saya.

Sebahagian dari produk FreshPicks by Cherrynazri

Mula-mula saya pakai sabun hijau (Cherry Beauty Soap - Special Edition), eh rasa gatal-gatal semua jerawat kat muka ni. Tapi lepas 1-2 hari semua mengering.

Lepas tu mula tumbuh jerawat kecil di kawasan dahi dan dagu. Sama juga, hilang dalam 2-3 hari.
Kemudian, saya pakai set CCS (Cherish Cherry Skincare); sabun hijau, sabun oren, signature/all-in-one cream dan DD cream.

Masa ni segala bekas jerawat tak bermata yang hitam tu, keluar jadi jerawat besar. Memang rasa gatal je nak garu tapi mujur cepat juga kering.

Selepas hampir sebulan baru perasan, alhamdulillah, muka dah tak terlalu berminyak dan pori pun dah tak mengerikan bila belek kat cermin. Bintik-bintik kecil yang tak tau apa bendanya tu pun makin pudar.

Sekarang saya masih lagi dalam proses baik pulih. Nak hilangkan parut-parut yang dah lama bermaharajalela. 

Satu je masalah saya bila pakai freshpicks ni. Dah beli sabun, nak beli facial set. Eh, lepas tu rasa nak beli scrub dengan sabun. Tiba-tiba pulak rasa kepala gatal-gatal je, macam tak serasi syampu sedia ada ni, tapi stock syampu lama banyak lagi ni. Eh, deodorant pun masa ni la nak habis. Haih~

Anda pun nak cuba Freshpicks yang homemade, natural dan selamat ni? Jom whatsapp saya 014-8448046 (ami).
Copyright © 2015 AmeenA InspiratioN
| Distributed By Gooyaabi Templates