Featured

Thursday, June 28, 2012

Khas untuk awak. :)

Gambar masa sama-sama masih bekerja;P


11 Januari 2003 - Itu kali pertama saya kenal awak. Saya ingat lagi, masa tu hari pertama daftar di universiti. Lepas mendaftar kolej kediaman, saya masuk bilik dan nampak ada seorang budak comel yang montel di katil sebelah. Orangnya tak berapa nak tinggi, kulit putih dan pipi dia memang tembam! :) Sejak dari hari itu kita jadi rakan sebilik sampai semester akhir. Tapi sekarang awak dah tak montel lagi, cuma pipi tembam masih ada sikit-sikit. :)

Awak ingat tak, kita pernah terpisah untuk satu semester? Semuanya sebab awak kecik hati dan merajuk dengan saya sebab saya kata saya tak tau saya sayang awak ke tak. Oh, saya minta maaf, tapi masa tu saya sangka kalau kita sayang kita tak perlu luahkannya. Lagipun, awak tau kan kisah hidup saya yang buatkan saya rasa malas nak sayang ramai orang. Tapi lepas satu semester kita jadi rakan sebilik semula. Tak betah rasanya berjauhan dengan orang yang sudah banyak berkongsi pahit manis bersama. Sekarang, pandangan hidup saya pun dah berubah: kasih sayang perlu ditunjukkan selagi ada kesempatan. Sebelum kita graduasi saya tak sempat nak beritahu awak, tapi hari ni saya nak beritau awak: "saya sayang awak!"

Dalam banyak-banyak kenangan dengan awak, awak tau tak yang mana saya paling tidak akan lupa? Mestilah misi kita di Melaka. Awak dan keluarga awak bersungguh-sungguh tolong carikan ayah saya. Mulanya saya sendiri rasa malas nak cari. Tapi, terima kasih atas usaha awak sekeluarga akhirnya saya dipertemukan dengan ayah saya. Sampai sekarang, walaupun keluarga awak mungkin dah tak cam saya tapi saya masih ingat dan kenal keluarga awak.Terima kasih lagi sekali.

Kalau nak cerita satu-satu, memang banyak sangatlah kenangan kita sama-sama selama lima tahun. Encik suami awak pun banyak tolong saya masa praktikal dulu. Tolong angkat barang, tolong 'shopping', tolong 'cover' kalau ada orang mintak no telefon, macam-macam lagilah. Terima kasih banyak-banyak!

Jadi sempena hari yang istimewa hari ini, saya nak ucapkan selamat hari lahir Zuraifah Anuar! Semoga diberkati umur dan segala kurniaan dari Allah. Tahniah buat ibu awak; Cikgu Salamah kerana telah mendidik seorang anak yang banyak memberi erti pada insan lain. Walaupun asing-masing dah bekeluarga saya harap Allah akan sentiasa eratkan hubungan kita. Semoga kita akan jadi sahabat hingga di syurga nanti. Amiiin~
Copyright © 2015 AmeenA InspiratioN
| Distributed By Gooyaabi Templates